Selasa, 12 Oktober 2010

HUKUM QISAS: Penjelasan Kepada yang Keliru

Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam
1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.

Rabu, 6 Oktober 2010

Binnabil Huda UNIQUE. & INTEAM

Asalamualaikum wbt..

Ana rasa bestlah nasyid ni..hayatilah nasyed ini.

Binnabil Huda
Album : Nur Muhammad
Munsyid : Unique & Inteam

15 Hikmah Sakit

Assalamualaikum w.b.t...
semoga sahabat,teman dan kawan2 sekalian sihat dan ceria menikmati saat akhir syawal ini...(ada dua hari lagi)

Isnin, 13 September 2010

PEJUANG??DIMANAKAH KITA??



Salam ukhuwah dari ana..

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya menjenguk dan mempost entri baru.

Rabu, 16 Jun 2010

Sejarah Palestin & Israel

Posting ini adalah bertujuan menyebarkan maklumat asas mengenai sejarah konflik Palestin-Israel yang telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu, sekaligus berlaku terus-terusan sehingga ke sekarang malah disusuli pula dengan keganasan dan kekejaman.

ALAM KUBUR

Ahad, 13 Jun 2010

JADILAH WANITA YANG SOLEHAH

DUNIA YANG PALING AKU SUKAI IALAH WANITA SOLEHAH.

Jumaat, 11 Jun 2010

3 keadaan manusia di dalam menuntut ilmu...

Manusia pertama : Manusia yang mencari ilmu untuk dijadikannya bekalan ke negeri akhirat yang berniat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sesungguhnya manusia golongan ini adalah orang-orang yang beruntung.

Manusia kedua : Manusia yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera yakni dunia dan untuk mendapatkan kemuliaan pangkat serta harta benda. Manusia jenis ini tahu dan sedar serta dapat merasakan dalam hatinya akan kejahatan dan kehinaan maksudnya. Sesungguhnya manusia golongan ini dalam peringkat danger, disarankan cepat-cepatlah bertaubat takut tak sempat...

Manusia ketiga : Manusia yang dikuasai syaitan, mencari ilmu hanyalah untuk dijadikan alat menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan serta merasa bangga dengan pengikutnya yang ramai. Manusia ini telah terpedaya dengan sangkaan bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t kerana pada zahirnya dia menyerupai ulama namun batinnya tamak dan haloba. Sesungguhnya manusia golongan ini akan binasa, jahil dan tertipu dengan helah syaitan serta tipis harapan untuk bertaubat.

Jumaat, 4 Jun 2010

KAWAJIPAN SEORANG MUSLIM

Dari Abu Hurairah, katanya : Rasulullah SAW bersabda : ” Kewajipan seorang muslim terhadap muslim lainnya ada enam. Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya; apabila ia mengundang kamu, maka perkenankanlah undangannya; dan apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka nasihatilah; dan apabila bersin, lalu ia mengucapkan alhamdulillah, maka doakanlah; dan apabila ia sakit, tengoklah dan apabila ia meninggal, hantarkanlah jenazahnya ke kubur.”

Perawi : Muslim

Darjatnya : Sahih

Maksudnya : Hak atau kewajipan atau tanggungjawab sesama muslim itu ada enam, perinciannya seperti tersebut pada hadith di atas.

Hukumnya :

1. Sunnah mengucapkan salam ketika bertemu dengan sesama muslim
2. Menghadiri undangan makan atau undangan walimah dan semacamnya adalah wajib.
3. Memberi nasihat kepada orang yang meminta nasihat wajib.
4. Mendoakan orang yang bersin setelah ia mengucapkan hamdalah sunnah.
5. Mengunjugi orang sakit sunnah.
6. Mengantarkan jenazah sampai ke kubur sunnah.

MINTALAH KEPADA ALLAH

Dari Ibnu ‘Abbas, katanya : Aku pernah pada suatu hari berada di belakang Nabi SAW, lalu beliau bersabda: “Wahai anak muda, peliharalah batas-batas Allah, nescaya akan engkau dapati Allah itu ada di depanmu dan apabila engkau minta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau minta tolong, maka mintalah kepada Allah.

Perawi: Tirmizi

Darjatnya : Hasan Sahih

Maksudnya :

1 . Sentiasa menjaga hukum2 Allah. Menjauhi yang haram dan melaksanakan yang wajib. Kalau hal semacam ini dikerjakan oleh seseorang, maka Allah akan menjamin keselamatan orang itu di dunia dan di akhirat.

2. Orang yang sentiasa taat kepada Allah akan merasakan bahawa Allah itu selalu ada di hadapannya dan memelihara dirinya.

3. Apabila seseorang berkeperluan sesuatu, hendaklah ia memohon pertolongan kepada Allah supaya keperluannya itu dapat diraihnya.

4. Apabila meminta pertolongan untuk mengerjakan sesuatu yang berada di luar kemampuan manusia, hendaklah minta tolong kepada Allah bukan kepada berhala atau dukun atau makhluk yang lain.

Hukumnya : 1. Menjaga halal dan haram adalah wajib.
2. Memohon pertolongan hanya kepada Allah wajib

Rabu, 2 Jun 2010

PETIKAN DARI TULISAN HASAN AL-BANNA

Jiwa yang Harus – Lebih Dahulu – Berubah

Tsaqafah Islamiyah
28/3/2008 | 21 Rabbi al-Awwal 1429 H | 1,396 views
Oleh: Asy-Syahid Hasan Al-Banna
Penterjemah: Abu Ahmad

Khamis, 13 Mei 2010

Rabu, 12 Mei 2010

KEGUNAAN AIR YASIIN

PELBAGAI KEGUNAAN AIR YASIIN

KISAH CABARAN 4 IMAM -IMAM ABU HANIFAH DIRACUN

Imam Abu Hanafi adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut, hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.(DIKENALI SEBAGAI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH)

Ahad, 11 April 2010

BUKAN SEKADAR WANITA

BISMILLAH..
Asalamualaikum wbt..

renung2kan .. terutama buat sahabat muslimat.. juga ditujukan buat muslimin..agar mampu membentuk seorang muslimah menjadi bukan sekadar wanita

Related Posts with Thumbnails

UKHUWAH FILLAH

UKHUWAH FILLAH