Rabu, 22 Disember 2010

AJARAN SESAT!!!!!!!!

Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamanahttp://infad.usim.edu.my/themes/mblocTec2/images/spacer.gif

Fatawa Aqeedah

LATAR BELAKANG

1. Nama sebenar beliau ialah Hj. Ahmad Laksamana bin Omar

2. Beliau tinggal di No. 22324 Kg. Wakaf Setan, Kubang Krian, Kota Bharu, Kelantan.

3. Ajaran ini didapati tersebar di Kota Bharu dan di Markas No. 22324 Kg. Wakaf Setan, Kubang Krian, Kota Bharu, Kelantan.

4. Antara negeri-negeri lain dimana ajaran ini tersebar ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

CIRI-CIRI KESALAHAN

1. Diri batin kita adalah Tuhan.

2. Matlamat mengajar ilmu hakikat ialah untuk menjadi Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir batin pada martabat kemuliaan Insan Kamil Mukamil, tiada sesuatupun pada dirinya kecuali Allah semata-mata kerana kita asal dari Allah maka kembali jadi Allah.

3. Tanpa Muhammad Wajib (tentu) Tuhan tiada.

4. Matlamat akhir pengajian makrifah adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan pada martabat diri kita pada alam ghaib yakni Ahad.

5. Hakikat sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada kita adalah Allah (diri batin) dan Muhammad itu adalah diri zahir kita membawa dan menanggung rahsia Allah S.W.T.

6. Ajaran Ilmu Tajalli ini adalah berdasarkan Tasawuf Martabat Tujuh yang sama dengan Ajaran Taslim.

7. Mengguna hadis maudu'.

8. Diri zahir manusia dari Nur Muhammad. Zahir manusia ialah Muhammad.

9. Kalimah syahadah ditafsir menurut bilangan kalimah dan kalimah itu menurut bilangan huruf. Tiap satu huruf itu dengan kalimah-kalimah istilah martabat tujuh, kebatinan.

10. Zikir yang kemuncak ialah ah, ah, ah ( اه، اه، اه ) huruf pertama dan akhir daripada lafaz Allah ( الله ) ditafsirkan Alif - kemaluan lelaki, dan ha itu berlubang, alat kemaluan perempuan. Demikian juga sembahyang lima waktu terkandung dalam kalimah al-Hamdu ( الحمد ) lima huruf.

11. Tiada yang menyembah dan yang kena sembah.


TINDAKAN

1. Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan, Warta pada 3 Julai, 1986.Setelah mengkaji isi buku 'Tajalli' dan Hakikat Insan' karangan Haji Ahmad laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir-butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata-syirik, sesat, khurafat, kata-kata karut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan demikian. Jemaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad laksaman bin Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat'.

Mahkamah Kadi Besar Kelatan mensabitkan tiga (3) kes iaitu di bawah Seksyen 68 [10(m 69 dan 74)] Undangundang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan menghukum:

i. Mengajar atau memberi penerangan Ugama tanpa kebenaran tauliah dari Majlis - dihukum denda RM250.00 atau sebulan penjara.

ii. Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan dengan hukum syarak - humum denda RM250.00 atau 3 bulan penjara.

iii. Mengeji dan mencaci Ugama Islam - dihukum denda RM1,000.00 atau 6 bulah penjara.

iv. Kejadian berlaku pada 4 Oktober 1985 jam (10.00 malam) atas aduan yang dibuat pada 5.10.1985 dan pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Kelantan.

NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 48 No.20
23hb.Novernber1995
TAMBAHAN No. 23
PERUNDANGAN
Sel. P.U. 44

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989
FATWA TENTANG ILMU TAJALI AHMAD LAKSAMANA(HAKIKAT INSAN)En. 21/1989

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

1. Ilmu Tajali atau IImu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan:

a) Buku "Hakikat Insan" yang ditulis oleh Haji Ahmad Laksamana.

b) Buku "Rahsia Mengenal Diri" yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan.

c) Buku:
(i) "Rahsia Hakikat Insan"; dan (ii) "Cara mengenal Diri", yang ditulis oleh Iman Al Soouti didapati mengandungi ajaran-ajaran Islam. Oleh yang demikian. orang-orang Islam dilarang menyebarkan, mengajar. belajar dan mengamalkan ajaran itu.

2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd. Nordin bin Putih di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla. Dibuat pada 19hb Oktober 1995.


[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007]
NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
Sel. P.U. 3 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989
FATWA TENTANG ILMU TAJALI AHMAD LAKSAMANA (HAKIKAT INSAN)En. 21/1989En. P./.44/95

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31 (1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', meminda fatwa tentang Ilmu Tajali Ahmad Laksamana (Hakikat Insan) yang disiarkan pada 23hb November 1995 dengan menggantikan tajuk buku "Cara mengenal Diri" dalam subperenggan (1) (e) dengan tajuk buku IImu Mengenal Allah".Dibuat pada 15hb September 1995.[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007j

Negara asal : Malaysia
Negeri : Selangor
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Penulis/Ulama : Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom
Tarikh Diisu : 30th September 1995

Nota: 23rd Novernber1995

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

UKHUWAH FILLAH

UKHUWAH FILLAH